1.
KATA NAMA AM
KETERANGAN:
Kata Nama Am ialah kata yang menamakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan,
benda, tempat dan sebagainya secara am atau umum
Kata Nama Am boleh terbina daripada kata dasar atau pun kata terbitan.
Kata nama dasar ialah kata nama yang tidak mengalami proses pengimbuhan.
Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil akibat proses pengimbuhan
pada sesuatu kata dasar.
LATIHAN 1 :
KATA NAMA AM
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. __________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil yang
lumayan.
A Kebun C Buah
B Pokok D Tumbuhan
2.Mak Lijah mengikat sebilah __________ pada galah itu untuk mengait
jantung pisang.
A tajak C parang
B gunting D pisau
3.Kerja sebagai seorang anggota __________ adalah untuk menangkap dan
membawa penjenayah ke muka pengadilan.
A tentera C rela
B polis D kastam
4._________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang
bertahan selama lima tahun.
A Orang C Atlet
B Pasukan D pemain
5.Kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan __________ yang baharu tidak
lama lagi.
A perumah C perumahan
B rumah D berumah
6.Seorang __________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan
jual beli dengan rakan-rakannya.
A pekerja C pegawai
B peniaga D usahawan
7.Bapa saya pernah menjadi __________ sekolah di kampung ini.
A ketuaan C mengetua
B ketua D pengetua
8.Banyak _________ gemar melawat tempat-tempat menarik di negara ini.
A pelancung C pelancong
B pendatang D pelawat
9.Para pelajar sedang sibuk menghias __________ sekolah kerana majlis
anugerah kecemerlangan akan diadakan lusa.
A taman C kantin
B dewan D kedai
10. Pada zaman dahulu, banyak _________ datang ke Melaka untuk urusan
perniagaan.
A pengurus C penjual
B penjaja D pedagang
11. __________ yang dibonceng oleh abang tersadai di tepi jalan kerana
kerosakan enjin.
A Bas C Basikal
B Kereta D Motosikal
Soalan 12 berdasarkan gambar 1
Gambar 1
12. Kakak mencuba __________ yang baru dibeli oleh ibu.
A subang C kerongsang
B gelang D cincin
13. Pemuda buta itu pandai mengayam _________ daripada buluh.
A tikar C kotak
B bakul D bekas
14. Abang baru membeli sebuah __________ berjenama Sony.
A jam C radio
B komputer D gitar
15. Saya dan Samy belajar di _________ yang sama sejak dari tahun satu
hingga kini.
A dewan C tadika
B sekolah D balai
16. Adik saya menyertai pertandingan menulis __________ bagi kategori murid
tujuh hingga sembilan tahun.
A cerpen C skrip
B cerita D novel
17. __________ itu diminati kerana kelunakan suaranya apabila beliau
mendendangkan lagu.
A Penari C Penyair
B Penyajak D Penyanyi
18. Anggota rukun tetangga bertugas untuk menjaga __________ saya pada
setiap malam.
A pekan C kampung
B negeri D negara
Soalan 19 berdasarkan gambar 2
Gambar
2
19. Di dalam tin kosong itu terdapat banyak __________ kerana air bertakung.
A jejentik C lelabah
B riang-riang D umang-umang
20.Saya telah mengirim sepucuk __________ kepadanya untuk bertanya khabar.
A kad C nota
B kertas D surat
Ada jawapan ?
ReplyDelete