TATABAHASA

KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada :

A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

Kata Kerja Transitif

1.     Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Ayat ini mesti ada peyambutnya (objek).
2.       Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
3.     Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.

Contohnya:        
Atan mendengar radio.  
mendengar ialah kata kerja transitif 
radio ialah objek (kata nama)

4.     Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Contoh ayat:
                     i.            Kucing itu menangkap seekor burung.
                   ii.            perempuan itu menjual sayur.
                  iii.            Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Subjek (Pembuat)
Kata Kerja Transitif
Penyambut (Objek)
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

Kata Kerja Tak Transitif

1.     Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
2.     Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
3.     Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid-murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Contohnya:

         i.            Mereka berjalan pada hari cuti.
       ii.            Anjing itu sedang tidur.
      iii.            Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek (pembuat)
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah


Peringatan!
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya.

Contoh ayat:
         i.            Mereka menjalankan jentera itu.
       ii.            Emak sedang menidurkan adik.
      iii.           Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
     iv.             Halim mengikuti perbualan mereka.
       v.             Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Kata Kerja Pasif

1.           Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.           Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga.
3.           Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.           Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5.           Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan


_________________________________________________

KATA NAMA

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

KATA NAMA AM

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai –> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

KATA NAMA KHAS

Kata Nama Khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll.
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll.
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll.
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll.
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

KATA GANTI NAMA

Kata Ganti Nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama: saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

KATA NAMA TERBITAN

Kata Nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata (awalan), di akhir kata (akhiran), di awal dan di akhir kata (apitan) dan diselitkan di tengah perkataan (sisipan).




No comments:

Post a Comment